Sejarah Melayu
Bukti-bukti tamadun manusia terawal di Tanah Melayu dijumpai di kawasan Kota Tampan, Lenggong di Perak. Penemuan terbabit termasuk rangka manusia yang berumur lebih kurang 11,000 tahun yang dinamakan ‘Orang Tampan’ ataupun ‘Perak Man’. Selain daripada rangka manusia, beberapa kawasan khas untuk pembuatan peralatan batu juga dijumpai di sekitar Lenggong.
Oleh sebab demikian, dapat disimpulkan bahawa tamadun manusia di Tanah Melayu bermula kira-kira 200,000 tahun dahulu. Bukti-bukti tamadun manusia bukan sahaja dijumpai di Lenggong Perak malah juga terdapat di Gua Niah Sarawak. Read more
Susuk
Susuk merupakan salah satu kebudayaan Melayu yang diwarisi sejak turun-temurun. Ia adalah teknik memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi manfaat tertentu. Jenis bahan asing yang dimasukkan dalam badan berbeza tetapi lazimnya bergantung pada keinginan pengguna.
Pada zaman kini, susuk masih lagi diteruskan kerana terdapat golongan yang mengharapkan muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia dan tidak berkedut. Justeru, susuk sering dikaitkan dengan wanita ynag menginginkan Read more
Perubatan tradisional Melayu
Perubatan tradisional Melayu mempunyai persamaan dengan perubatan tradisional Cina. Ia terbahagi kepada dua aspek iaitu amalan suruhan dan amalan tegahan. Amalan suruhan berkaitan dengan jenis, kuantiti dan khasiat pemakanan yang terdapat dalam tumbuhan (seperti herba).
Pesakit perlu mematuhi segala arahan dalam amalan suruhan kerana ia membantu mencapai keseimbangan dan mengelakkan daripada serangan penyakit di samping melambatkan proses penuaan. Read more
Permainan tradisional
Generasi muda kini jarang didedahkan kepada permainan tradisional. Anak-anak muda lebih rela bermain permainan talian di komputer. Walau bagaimanapun, sejak di bangku sekolah dulu, kita sering bermain beberapa permainan tradisional bersama rakan-rakan sebaya. Permainan itu diwarisi dari generasi dulu lagi. Antara permainan yang mendapat sambutan di sekolah termasuklah batu seremban, congkak, gasing dan sepak raga. Dalam bahagian 1, artikel ini akan memperkenalkan dua jenis permainan tradisional iaitu batu seremban dan gasing.
Read more
Pantang larang masyarakat Melayu tradisional
Pantang larang dalam sesebuah masyarakat bertujuan mendidik anak-anak muda supaya lebih beradab. Walaupun kehidupan kini semakin moden, pantang larang masih dikekalkan dan diamalkan oleh masyarakat kerana orang-orang tua percaya ia boleh membawa kemakmuran dan kekayaan dalan kehidupan. Masyarakat dahulu kala juga percaya mana-mana pihak yang gagal mengamalkan pantang larang akan ditimpa malang. Lazimnya, terdapat pelbagai pantang larang dalam masyarakat Melayu tradisional. Berikut merupakan pantang larang bagi wanita mengandung: Read more
Tradisi melenggang perut kian dilupakan
Baru-baru ini, akhbar tempatan melaporkan bahawa upacara melenggang perut semakin dilupakan oleh masyarakat Melayu moden. Mungkin terdapat segolongan masyarakat yang tidak mengetahui upacara dan tradisi itu langsung.
Lazimnya, tradisi melenggang perut bertujuan memohon kelahiran dan melanjutkan keturunan seterusnya. Adat itu dilakukan dengan memotong sedikit rambut wanita yang sedang hamil. Kemudiannya, tujuh helai kain panjang yang terdiri daripada pelbagai warna dilabuhkan bagi wanita tersebut berbaring di atasnya. Adat ini memerlukan dua orang bidan yang bertanggungjawab menarik kain itu sehelai demi sehelai. Ia diakhiri dengan kenduri di mana ustaz akan membacakan doa selamat di atas labu air. Wanita hamil itu dikehendaki mandi dengan air labu terbabit.
Read more
Perempuan Melayu
Siapakah yang digelar sebagai perempuan melayu? Siapakah yang layak digelar perempuan melayu? Dari manakah asal-usul kedatangan perempuan melayu? Apakah sifat yang dimiliki oleh perempuan melayu? Semuanya terjawab pada peribahasa melayu yang berbunyi “ tepuk dada, tanya selera dan ukurlah baju di badan sendiri “ , hanya perempuan melayu yang mengamalkan adat istiadat melayu sahaja yang mengetahui apakah erti tersurat lagi tersirat dalam makna perempuan melayu.
Read more
