Melayu Online

Lagu Melayu
Lagu yang indah lazimnya mempunyai beberapa elemen yang sama iaitu seni kata yang indah, muzik merdu serta vokal yang kuat. Seni kata lagu yang indah disulam dengan rentak moden boleh melahirkan perasaan gembira, mengusik minda dan menyentuh jiwa. Lagu boleh didendangkan secara solo mahupun berkumpulan. Antara lagu Melayu popular yang mendapat sambutan menggalakkan terdiri daripada beberapa kategori seperti Balada, Hip Hop dan Pop Rock.

Lagu popular akan sentiasa diingati ramai walaupun penyanyi yang mendendangkannya sudah meninggal dunia. Sebagai contoh, P. Ramlee, penyanyi tanah air yang cukup terkenal dengan lakonan dan nyanyiannya. Antara lagu Melayu popular karya P. Ramlee termasuklah ‘Tudung Periuk’ dari filem Sumpah Orang Minyak serta lagu-lagu lain duet bersama Saloma seperti Aduhai Sayang, Apabila Kau Tersenyum, Asmara Bergelora, Bunga Melor, Lagu Anak Rantau dan Joget Malaysia.

Terdapat juga penyanyi baru yang terkenal hanya kerana sebuah lagu hit yang mampu melariskan jualan album terbabit. Dalam industri muzik Malaysia, beberapa penyanyi terkenal dalam sekelip mata kerana lagu dalam album atau single tersebut berjaya menduduki carta-carta hits dan radio. Penyanyi popular seperti Aizat berjaya menggondol anugerah berprestij melalui lagu dendangannya ‘Pergi’ manakala lagu ciptaan Yuna ‘Dan Sebenarnya’ juga menjadi salah sebuah lagu Melayu yang cukup popular di kalangan masyarakat setempat.

‘Dan Sebenarnya’ ciptaan Yuna menggondol anugerah ‘Lagu Terbaik’ dan juga juara keseluruhan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-17. Lagu-lagu Melayu popular yang pernah dinobatkan sebagai ‘Lagu terbaik’ adalah Ku Mohon oleh Sheila Majid, Aku Cinta Aku Rindu oleh Ajai dan Nurul, Warkah Buat Laila nyanyian Zahid, Selagi Ada Cinta dan Awan yang Terpilu oleh Ning Baizura serta Izinku Pergi dendangan Kaer Azami.

Sungguhpun AIM dan Anugerah Juara Lagu (AJL) hanya mampu menobatkan sebuah lagu sebagai juara keseluruhan pada setiap tahun, terdapat banyak lagi lagu-lagu Melayu yang berjaya menduduki carta-carta hits tetapi hanya menggondol anugerah seperti Vokal Terbaik. Antara lagu-lagu tersebut ialah ‘Sandarkan pada Kenangan’ oleh Siti Sarah dan Jamal Abdillah, ‘Pulangkan’ dan ‘Bunga-bunga Cinta’ oleh Misha Omar serta ‘Ceritera Cinta’ oleh Jaclyn Victor dan Rio Febrian.

Artis Melayu
Lazimnya, artis membawa maksud seniman ataupun seniwati yang bertanggungjawab untuk menghiburkan para penonton. Penari, pelakon dan penyanyi juga boleh dikategorikan sebagai penghibur masyarakat.

Secara amnya, penyanyi merupakan penghibur yang menyampaikan lagu daripada beberapa jenis genre seperti pop, nasyid, klasik, tradisional dan rock & roll. Penyanyi boleh tampil secara solo mahupun berkumpulan.

Dalam bidang hiburan, penyanyi biasanya akan menerbitkan album di bawah syarikat rakaman. Syarikat-syarikat terbabit bukan sahaja perlu membuat persiapan awal sebelum penerbitan album malah juga perlu mengambil kira pemasaran rekod di pasaran tempatan.

Beberapa dekad yang lalu, penyanyi hanya boleh terkenal sekiranya mempunyai kontrak di bawah label tertentu. Tetapi bidang hiburan pada zaman kini telah berubah kerana penyanyi indie (penyanyi bebas) boleh menerbit dan memasar album tanpa bantuan daripada syarikat rakaman.

Dalam bidang hiburan, apabila seseorang individu menceburi bidang muzik, seniwati/seniman terbabit juga akan berkecimpung dalam bidang lakonan dan perfileman. Dengan kata lain, penghibur ialah seorang penyanyi, pelakon, pemain muzik dan penari.

Antara artis tempatan yang cukup terkenal termasuklah P. Ramlee, Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Erra Fazira, Ella, Mawi, Ning Baizura dan Anita Sarawak. Nama P. Ramlee pasti tidak asing bagi masyarakat tempatan kerana beliau bukan sahaja menaikkan taraf bidang hiburan tempatan malah juga berjaya mengukir nama di persada seni dalam pasaran global.

Tan Sri Dr. P. Ramlee (Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh) merupakan seorang artis tempatan yagn banyak menyumbang dalam persada filem di Malaysia. Dilahirkan di Pulau Pinang, beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudiannya menyambung pelajaran di Sekolah Francis Light dan Penang Free School.

Beliau mula menunjukkan minat terhadap seni apabila belajar bermain ukulele, gitar dan biola sejak dari bangku sekolah lagi. P. Ramlee mendaftarkan namanya dalam Orkes Teruna Sekampung dan Sinaran Bintang Sore. Namun, namanya hanya mula dikenali ramai apabila beliau dianugerahkan Bintang Penyanyi Utama Malaya oleh Radio Pulau Pinang pada tahun 1947.

Setahun selepas memenangi gelaran Bintang Penyanyai Utama Malaya, beliau membintangi filem ‘Chinta’ dengan memainkan watak penjahat. Lakonannya berjaya menambat hati penonton dan ini memberi peluang kepada beliau untuk meneruskan kerjayanya sebagai pelakon. Dalam masa 7 tahun, P. Ramlee sudah membintangi 27 buah filem.

Pada tahun 1951, majalah Filem Raya Malaya memberi gelaran ‘Bintang Pujaan Malaya dan Indonesia’ kepada P. Ramlee. Pada tahun 1956, beliau berjaya mengukir nama di persada seni antarabangsa dengan memenangi skor muzik terbaik dalam Festival Filem Asia ke-3 di Hong Kong. Beliau kemudiannya dianugerahi pelakon lelaki terbaik dalam Festival Filem Asia ke-4 yang diadakan di Tokyo.

P. Ramlee juga merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu yang berbakat. Antara lagu popular yang dipersembahkan oleh beliau ialah ‘Ku rindu padamu’, ‘Senjakala’ dan ‘Mengapa tak berkawan’ yang dinyanyikan bersama Saloma. Lagu terakhir daripada P. Ramlee ialah ‘Ayer mata di Kuala Lumpur’ manakala filem terakhirnya adalah ‘Laksamana Do Re Mi’. Artis yang berbakat ini meninggal dunia pada tahun 1973.

Selain daripada P. Ramlee, seorang lagi artis yang berbakat dan terkenal dalam industri hiburan antarabangsa ialah Anita Sarawak. Beliau yang berasal daripada Malaysia pernah menerima gelaran ‘The Top Diva’ di Asia. Anita melibatkan diri dalam bidang seni sejak beliau berumur 15 tahun.

Sejurus selepas memulakan kariernya sebagai seorang artis, EMI Records menandatangani kontrak dengan Anita. Sepanjang beliau menerbitkan album, Anita pernah banyak menerima anugerah piring emas. Setelah berjaya dalam bidang seni di negara Asia, Anita mendirikan kerjayanya di Las Vegas, Amerika Syarikat. Sekali lagi, Anita berjaya mencapai kemasyhuran di pasaran antarabangsa setelah menghabiskan 20 tahun di Caesar’s Palace.

Anita terkenal dengan dendangan lagu klasik dan popular masa kini. Oleh sebab itu, beliau terpaksa menukar pemain-pemain muziknya dari semasa ke semasa bagi menjayakan persembahannya yang sentiasa berubah. Mujurlah Anita mendapat bantuan daripada pengarah muzik terkenal, Nate Wingfield yang mampu mencungkil pemain-pemain muzik terbaik bagi menjayakan persembahan Anita.

Setelah menghabiskan 20 tahun di negara barat, Anita kembali ke Singapura dan menetap di Malaysia untuk meneruskan kariernya sebagai seorang penghibur yang berjaya. Anita mengambil keputusan untuk menceburi persada filem dan drama.

Selain itu, beliau juga memulakan barang kemas sendiri yang diberi nama ‘Anita Sarawak, Koleksi Cinta’. Sepanjang kariernya sebagai seorang artis, Anita banyak menerbitkan album EP dan LP. Antara album yang laris ialah Seksis, Asmara dan Antara yang Manis.

Dunia seni hiburan dalam negara semakin berkembang apabila Siti Nurhaliza Tarudin menjadi Juara Bintang HMI yang dianjurkan oleh RTM pada tahun 1995. Pada usia 16 tahun, empat syarikat rakaman antarabangsa termasuk Sony Music, BMG Music dan Warner Music menawarkan kontrak rakaman kepada Siti Nurhaliza.

Namun, beliau mengambil keputusan untuk menerima kontrak rakaman yang ditawarkan oleh Suria Records. Tidak lama selepas beliau menerbitkan single pertamanya ‘Jerat Percintaan’, album terbabit menjadi juara keseluruhan dalam Anugerah Juara Lagu ke-10. Berikutan kejayaannya dalam penerbitan single pertama, Siti mula dikenali sebagai tokoh dalam budaya pop Melayu.

Dalam album-album seterusnya, Siti merakamkan pelbagai jenis lagu seperti R & B, Pop dan tradisional. Beliau bukan sahaja terkenal di tanah air malah juga mempunyai peminat di negara lain seperti Singapura, Brunei dan Indonesia. Namanya makin terkenal apabila Siti membuat persembahan di upacara penutupan Sukan Komanwel ke-16 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Beliau diberi Anugerah Emas ketika membuat persembahan di Shanghai Music Festival pada tahun 1999 di China. Selain itu, Siti juga menggondol gelaran ‘Pop Winner’ dalam South Pacific International Song and Competition pada tahun yang sama di Australia melalui persembahannya ‘We’ll be as one’.

Konsert solo Siti di Royal Albert Hall, London pada tahun 2005 berakhir dengan jayanya apabila akhbar British memberi gelaran ‘Asia’s Celine Dion’ kepada beliau kerana kekuatan vokalnya. Sepanjang kariernya sebagai seorang artis, beliau sentiasa menjadi ikon semasa dalam dunia seni hiburan. Setakat ini, Siti merupakan salah seorang artis yang menerima paling banyak anugerah dalam dunia hiburan tempatan.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai program realiti pencarian bakat terdendam dianjurkan untuk mencungkil dan mempopularkan artis yang berpotensi. Sebenarnya, Juara Bintang HMI anjuran RTM adalah antara program realiti yang terawal muncul di televisyen tempatan.

Walau bagaimanapun, antara program realiti mencari bakat yang popular ialah Akademi Fantasia, Mentor dan One in a Million. Melalui program-program realiti tersebut, penyanyi berbakat seperti Vince Chong, Mawi, Suki, Aizat dan Tomok berjaya mengukir nama dalam dunia seni hiburan.

Sejarah Melayu
Bukti-bukti tamadun manusia terawal di Tanah Melayu dijumpai di kawasan Kota Tampan, Lenggong di Perak. Penemuan terbabit termasuk rangka manusia yang berumur lebih kurang 11,000 tahun yang dinamakan ‘Orang Tampan’ ataupun ‘Perak Man’. Selain daripada rangka manusia, beberapa kawasan khas untuk pembuatan peralatan batu juga dijumpai di sekitar Lenggong.

Oleh sebab demikian, dapat disimpulkan bahawa tamadun manusia di Tanah Melayu bermula kira-kira 200,000 tahun dahulu. Bukti-bukti tamadun manusia bukan sahaja dijumpai di Lenggong Perak malah juga terdapat di Gua Niah Sarawak.

Gua tersebut menunjukkan bahawa manusia memulakan kehidupan di Sarawak kira-kira 40,000 tahun dahulu dengan menjadikan Gua Niah sebagai tempat perlindungan. Selain itu, kewujudan manusia pra-sejarah juga dapat dibuktikan dengan penemuan lukisan di dinding Gua Tambun. Natijahnya, manusia menjadikan gua sebagai tempat tinggal dan perlindungan apabila berhijrah dari tempat lain ke Tanah Melayu.

Sejarah awal tamadun manusia di Tanah Melayu diikuti dengan perkembangan sejarah Melayu. Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita harus mengetahui asal-usul sejarah Melayu. Lazimnya, sejarah Melayu sering dikaitkan dengan Kesultanan Melayu Melaka.

Kesultanan Melayu Melaka dimulakan oleh Parameswara sekitar 1400. Kerajaan tersebut menjadi kerajaan Islam apabila Parameswara memeluk agama Islam setelah berkahwin dengan puteri dari Pasai. Sebenarnya, Parameswara merupakan Raja Singapura terakhir sekitar tahun itu.

Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya mengasaskan kerajaan Singapura lama setelah berjaya menawan Temasek. Putera tersebut kemudiannya diiktiraf sebagai Raja Singapura melalui utusan dari Maharaja China. Pemerintahannya diwarisi oleh tiga lagi putera keturunnannya termasuk Paduka Sri Maharaja Parameswara.

Parameswara yang merupakan Raja Singapura terakhir pada tahun 1401 diserang kerajaan Majapahit. Justeru, Parameswara terpaksa melarikan diri ke Semenanjung Melayu untuk mengasaskan kerajaan dan negeri yang baru.

Suma Oriental pula menggariskan asal-usul Parameswara yang berbeza dengan mengisahkan pelarian baginda ke Singapura dan kemudiannya membunuh wakil Raja Siam. Akibatnya, Parameswara terpaksa melarikan diri ke Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan daripada diserang Raja Siam.

Sebelum menetap di Melaka, Parameswara pernah mendirikan tempat perlindungannya di beberapa kawasan seperti Muar dan Kota Burok. Namun, tempat perlindungan baginda di Muar diganggu oleh biawak manakala kubu pertahanan yang didirikan di Kota Burok runtuh. Maka, Parameswara bersama pengikutnya mendirikan tempat perlindungan di Sening Ujong.

Tidak lama kemudian, penduduk di Sungai Bertam meminta Parameswara menjadi raja di kawasan tersebut. Baginda menamakan kawasan itu Melaka berasaskan nama pokok yang diteduhnya. Dua tahun selepas Parameswara mendirikan kubu pertahanan di Melaka, baginda menerima perutusan dari Maharaja Yung Lo, China melalui Laksamana Yin Ching.

Maharaja China bukan sahaja menghantar perutusan malah juga hadiah-hadiah besar yang melambangkan tanda persahabatan dengan Parameswara. Baginda membalas hadiah-hadiah tersebut kepada Maharaja Yung Lo.

Baginda mula memeluk agama Islam pada tahun 1409 setelah berkahwin dengan puteri Pasai. Parameswara kemudiannya menggelar diri sebagai Raja Iskandar Syah. Pada tahun yang sama, Melaka sekali lagi menerima ketibaan wakil dari negara China yang diketuai Laksamana Cheng Ho. Demi membalas perutusan dari Maharaja China, Parameswara bersama lebih 500 pengikut berlayar ke negara tersebut untuk bertemu dengan Maharaja Yung Lo.

Melaka mula berkembang dengan pesat di bawah pemerintahan Parameswara. Ia menjadi salah satu pelabuhan yang paling pesat dan penting di Kepulauan Melayu sekitar abad ke-15 dan ke-16. Kedudukannya yang strategik serta kelebihan Melaka sebagai pusat perdagangan rempah yang utama berjaya menarik pedagang dari negara lain untuk menjalankan perniagaan di sini.

Ramai pedagang dari China dan India mengambil keputusan untuk menetap di Melaka bagi meneruskan perniagaan yang semakin berkembang. Kesultanan Melayu Melaka diteruskan sehingga pada tahun 1511 semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah yang akhirnya ditawan oleh Portugis. Apabila Sultan Mahmud Syah melarikan diri ke selatan dan mengasaskan kerajaan baru di Johor, maka berakhirlah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Kepercayaan karut masyarakat Melayu: Jenis Hantu (bahagian 4)
Berikut adalah sambungan daripada siri kepercayaan karut masyarakat Melayu dan juga adalah bahagian terakhir yang akan membincangkan tiga jenis hantu lagi iaitu orang minyak, hantu galah dan hantu kopek.

Orang Minyak

Orang minyak merupakan individu yang mempelajari ilmu batin demi menceroboh masuk ke rumah mangsa untuk tujuan tertentu. Dalam kepercayaan masyarakat Melayu dahulu kala, terdapat salah satu cerita bahawa seseorang individu telah tersalah mempelajari ilmu tersebut menyebabkan dia menjadi hitam. Bagi menyelesaikan masalah terbabit, di perlu memperkosa 40 orang wanita demi pulih semula. Mangsa yang diperkosa akan terpukau dan orang minyak itu akan meninggalkan kesan pangkah pada muka mangsa. Orang minyak mempunyai kuasa tertentu bagi memudahkan  mereka menceroboh rumah berkunci dengan mudah. Di samping itu, mereka juga mampu menghilangkan diri dalam sekelip mata sekiranya dikejar dan boleh melekat pada dinding sama seperti cicak. Apabila cerita mengenai orang minyak memperkosa gadis demi memulihkan diri sendiri tersebar, masyarakat Melayu terus menyebarkan bahawa kelopak jantung pisang dan daun keladi bira boleh menghalau orang minyak. Ia perlu ditaburkan di sekeliling tempat tidur. Orang minyak hanya boleh ditangkap dengan mengepung kemudian melilitkannya dengan kain batik. Selepas itu, untuk menghapuskan orang minyak, ibu jarinya yang telah dibalut dengan kain batik harus digigit.

Hantu Galah

Hantu galah dalam masyarakat Melayu adalah mahkluk halus yang berasal dari golongan jin/syaitan. Walaupun mempunyai struktur manusia, hantu galah adalah jauh lebih besar dan tinggi dan kepalanya boleh mencapai ketinggian awan. Oleh sebab itu, manusia biasanya hanya nampak kaki hantu galah selain ia didapati di dalam kawasan hutan sahaja. Ramai yang salah anggap bahawa kaki hantu galah adalah batang pokok sahaja. Kakinya mempunyai bulu yang panjang. Manusia hanya boleh menjumpai hantu galah pada waktu malam ketika bersandar pada pokok di kawasan hutan. Dengan mencabut bulu betis hantu galah, manusia boleh mendapatkan pertolongan mereka hanya dengan membakar bulu betis yang dicabut itu.

Hantu kopek

Sama seperti hantu galah, hantu kopek berasal dari golongan jin/syaitan. Mahkluk ini suka mengganggu manusia. Terdapat kepercayaan tertentu yang mengatakan hantu kopek mempunyai struktur menyerupai wanita tua yang suka menculik ataupun menyembunyikan kanak-kanak kecil yang bermain di luar rumah pada waktu maghrib dan malam. Kanak-kanak kecil yang disembunyikan oleh hantu kopek lazimnya boleh melihat individu yang sedang mencari mereka tetapi tidak mampu berkomunikasi dengan pencari. Hantu kopek biasanya menyorok kanak-kanak kecil di bawah buah dada mereka. Mereka tidak dipelihara dan hidup liar.

Kepercayaan karut masyarakat Melayu: Jenis Hantu (bahagian 3)
Hantu merupakan kepercayaan karut yang wujud dalam setiap masyarakat. Berikut merupakan sambungan daripada siri pertama dan kedua tentang jenis-jenis hantu dalam masyarakat Melayu. Dalam perbincangan kali ini, ia meliputi hantu bungkus, langsuir dan bunian.

Hantu bungkus

Hantu bungkus yang juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong adalah sejenis mahkluk yang menyerupai mayat yang dibungkus dengan kain kafan. Mahkluk ini lazimnya akan mengganggu individu yang mempunyai lemah semangat. Oleh kerana dibalut dengan kain kafan, hantu bungkus bergerak dengan meloncat ataupun kadang-kala bergolek. Sungguhpun meloncat dan bergolek, hantu bungkus boleh bergerak pantas seperti kereta. Mahkluk ini hidup secara bebas tanpa dipelihara oleh manusia. Mereka dikatakan adalah jelmaan jin yang bertujuan mengganggu manusia. Mana-mana pihak yang cukup berani menangkap hantu bungkus akan mendapat kekayaan kerana bungkusan hantu menyembunyikan banyak wang. Kelebihan hantu bungkus adalah kepantasan dari segi pergerakan tetapi mereka hanya boleh bergerak lurus sahaja.

Langsuir

Langsuir mempunyai persamaan dengan Pontianak – mahkluk halus ini menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mangsa mati. Terdapat kepercayaan masyarakat Melayu yang mengatakan langsuir adalah wanita yang mati ketika bersalin. Oleh sebab itu, langsuir dipercayai memiliki rupa paras yang cantik dan mampu menggoda lelaki sebagai mangsa. Mangsa yang berjaya digoda akan mengikut langsuir ke tempat yang sunyi dan kemudiannya, langsuir akan menjelma semula menjadi rupa asal dan mengoyakkan perut mangsa ataupun mencekik leher mangsa sambil menghisap darah mereka. Langsuir boleh menjelma kepada rupa paras yang cantik sekiranya dipaku di belakang tengkok leher.

Bunian

Orang Bunian merupakan salah satu kepercayaan karut orang Melayu yang sering dibincangkan mengenai kewujudannya. Ia adalah mahkluk halus yang berasal dari golongan jin dalam legenda Melayu. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu dahulu kala, ia adalah sukar untuk membezakan bunian dengan manusia kerana mahkluk ini menyerupai struktur sosial manusia. Mahkluk ini mempunyai keluarga dan puak serta wujud dalam masyarakat besar. Walau bagaimanapun, bunian hidup jauh daripada manusia kerana mereka biasanya mendiami kawasan hutan belantara. Tetapi terdapat juga kepercayaan yang mengatakan bahawa bunian hidup sebumbung dengan keluarga. Masalah kerasukan sering dikaitkan dengan orang bunian. Orang bunian dikatakan mempunyai kuasa luar besar. Justeru, mereka kadang-kala akan menolong pawang atau bomoh dalam sesetengah masalah. Sejak beberapa dekad lalu, orang bunian dikatakan sering menculik kanak-kanak serta bayi dalam perut wanita. Bagi sesetengah kes yang menyebabkan manusia sesat dalam kawasan hutan, ia dikatakan berpunca daripada orang bunian.

Kepercayaan karut masyarakat Melayu: Jenis Hantu (bahagian 2)
Dalam siri 1, kita telahpun membincangkan dua jenis hantu iaitu Toyol dan Pontianak. Berikut adalah siri kedua yang akan membentangkan tiga jenis hantu dalam kepercayaan masyarakat Melayu iaitu hantu air, pelesit dan hantu raya.

Hantu Air

Hantu air ataupun kadang-kala dikenali sebagai hantu laut merujuk kepada sejenis makhluk halus/jin yang lazimnya dijumpai di kawasan berair. Mahkluk halus ini merbahaya kerana mereka agak keras dan mungkin mendatangkan masalah sekiranya bertembung dengan jin ini. Jin ini biasanya terapung-apung seakan-akan sebatang kayu buruk tetapi sesiapa yang bertembung dengan mereka mungkin dilumpuhkan oleh mahkluk halus ini. Selain itu, mahkluk halus ini juga mampu menjelma dalam bentuk lain sekiranya mereka ingin mengusik sesiapa yang berhampiran dengan pinggir air. Nelayan yang ingin melepaskan diri daripada diusik mahkluk halus ini perlu menjalankan upacara semah laut ataupun dikenali sebagai puja pantai setiap tahun.

Pelesit

Pelesit yang berasal daripada golongan jin/syaitan adalah sejenis mahkluk halus yang dipelihara oleh manusia (lazimnya adalah wanita). Pelesit dipelihara kerana ia digunakan untuk memudaratkan musuh. Pemeliharaan pelesit diikenali sebagai proses saka. Tuannya harus memberi makan iaitu darah daripada jari tangan kepada mahkluk halus ini. Terdapat kepercayaan bahawa pelesit boleh menjelma menjadi belalang pelesit yang mempunyai kepala tajam dan tirus bagi memudahkan memasuki rumah musuh. Belalang pelesit akan mengambil peluang untuk menghisap darah mangsa terbabit.

Sebelum tuan meninggal dunia, dia perlu mencari pengganti baru bagi mengelakkan pelesit mengganggu penduduk di sekitar sekiranya hidup liar tanpa tuan baru. Pelesit perlu dijaga kecuali tuan terbabit mengambil keputusan untuk menghapuskan mahkluk halus ini. Memelihara pelesit adalah berdosa dari segi agama Islam kerana ia merupakan perbuatan syrik dan ilmu sesat.

Hantu Raya

Hantu raya mempunyai persamaan tertentu dengan pelesit kerana mahkluk halus ini juga dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Hantu raya berasal dari golongan jin atau syaitan. Walau bagaimanapun, hantu raya mempunyai perbezaan tertentu dengan pelesit kerana hantu raya boleh menjelma dalam pelbagai bentuk dan merasuk seseorang. Hantu raya ini  juga dikatakan mampu menjelma menjadi tuan sendiri. Tuan perlu memberi makanan tertentu seperti ayam panggang, pulut kuning dan acak kepada hantu raya. Sekiranya tuan gagal menjaga hantu raya dengan baik, jin ini akan bertindak ganas menyerang tuannya. Sama seperti pelesit, hantu raya memerlukan waris tuan untuk menjaganya. Sekiranya tuan gagal menurunkan kepada waris, maka dia akan menjadi bangkai bernyawa dan tubuhnya akan berbau busuk.

Kepercayaan karut orang Melayu: Jenis hantu
Lazimnya, terdapat kepercayaan di kalangan masyarakat tentang kewujudan makhluk halus di alam lain yang dikenali sebagai hantu. Dalam masyarakat Melayu, kepercayaan tentang makhluk halus yang juga dikenali sebagai semangat, jembalang dan penunggu sudah lama wujud sejak zaman animisme lagi.Amalan ini masih lagi berlarutan sehingga zaman kini. Masyarakat Melayu percaya hantu biasanya keluar pada waktu malam terutama apabila bulan mengambang. Hantu dalam masyarakat Melayu adalah semangat yang menggerunkan. Selain itu, terdapat juga kepercayaan bahawa hantu dalam masyarakat Melayu adalah wanita ataupun makhluk yang menyerupai perempuan (mempunyai rambut panjang) seperti lembaga putih. Gambaran daripada masyarakat zaman dulu ataupun media menyebabkan masyarakat kini percaya hantu mempunyai mata merah dan terdapat kesan darah pada mulut kerana semangat ini mempunyai gigi tajam untuk menghisap darah. Terdapat pelbagai jenis hantu dan makhluk dalam masyarakat Melayu. Dalam bahagian 1, kita akan membincangkan Pontianak dan toyol.

Pontianak

Pontianak berasal daripada kaum wanita yang meninggal ketika masih mengandungkan anak. Terdapat juga kepercayaan lain iaitu Pontianak adalah jin liar yang mempunyai niat untuk mengganggu manusia. Pontianak yang kadang-kala juga dieja sebagai puntianak adalah salah satu jenis hantu yang diceritakan dalam buku Hikayat Abdullah. Masyarakat zaman dahulu percaya Pontianak mempunyai kelemahan iaitu lubang di belakang tengkuk. Mana-mana pihak yang berjaya memasukkan paku ke dalam lubang di belakang tengkuk akan menjadikan Pontianak itu sebagai wanita cantik tetapi makhluk itu akan menjelma sebagai Pontianak semula jika paku itu dikeluarkan.

Toyol

Toyol pula dipercayai berasal dari golongan jin ataupun syaitan yang dipelihara oleh masyarakat untuk membantu mencuri. Toyol lazimnya digambarkan sebagai kanak-kanak kecil yang juga dikenali sebagai saka. Pengamal ilmu sihir memelihara toyol kerana ingin mencuri daripada jiran tetangga. Toyol kecil boleh menyelinap ke dalam bilik berkunci dan mencuri barang-barang berharga yang disorokkan di mana-mana sahaja. Toyol digambarkan sebagai kanak-kanak kecil berbogel yang mempunyai mata merah dan gigi tajam. Ia dipelihara dan disimpan dalam botol kecil. Pemilik toyol perlu memberi darah kepada makhluk itu terutama pada setiap bulan mengambang. Jika pemilik tidak member darah kepada toyol yang dipelihara, maka makhluk itu akan menghisap darah ahli keluarga terdekat mereka.

Susuk
Susuk merupakan salah satu kebudayaan Melayu yang diwarisi sejak turun-temurun. Ia adalah teknik memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi manfaat tertentu. Jenis bahan asing yang dimasukkan dalam badan berbeza tetapi lazimnya bergantung pada keinginan pengguna.Pada zaman kini, susuk masih lagi diteruskan kerana terdapat golongan yang mengharapkan muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia dan tidak berkedut. Justeru, susuk sering dikaitkan dengan wanita ynag menginginkan kecantikan. Walaupun susuk dikatakan sangat berkesan kerana dapat menjaga wajah, pengguna yang sudah diselitkan bahan asing dalam badan perlu mematuhi beberapa pantang larang seperti tidak boleh makan pisang tanduk dan pisang abu. Terdapat juga pantang larang yang kurang logik seperti tidak boleh melintas di bawah tali kain. Namun, pantang larang itu juga bergantung kepada jenis susuk yang dipakai. Perubatan moden kini boleh mengesan penggunaan susuk melalui sinar-X. Susuk mendapat sambutan memberangsangkan daripada kaum wanita seperti Daisy Fajarina (ibu kepada Manohara Odelia Manz) kerana beliau dilaporkan menggunakan susuk berlian dan emas pada bahagian dagu.

Pengguna susuk percaya dengan memasukkan bahan asing tertentu ke dalam badan, ia dapat membantu mereka menjadi lebih jelita, berani dan juga dikasihi oleh orang ramai. Seperti yang dibincangkan di atas, pengguna perlu mematuhi pantang larang tertentu kerana jika mereka gagal mengikuti panduan itu, susuk itu akan terkeluar maka tidak akan nampak kesannya. Susuk yang terkeluar perlu dibuang oleh dukun yang memakaikannya. Sekiranya gagal mengeluarkan susuk yang dipakai, maka pengguana dikatakan mengalami masalah untuk mati. Terdapat juga petua yang mengatakan bahawa sesetengah susuk yang terkeluar berkemungkinan menjadi racun. Walaupun amalan ini diwarisi sejak dahulu lagi, namun susuk sebenarnya adalah haram di kalangan masyarakat beragama Islam kerana ia adalah sejenis ilmu hitam yang akan mendatangkan kesan buruk kepada dukun. Terdapat tiga jenis kelas susuk iaitu logam, galian dan organik. Bagi susuk logam, ia terbahagi kepada emas, perak, besi dan raksa. Sementara itu, galian menggunakan susuk berlian manakala organik merujuk kepada susuk susu.

Perubatan tradisional Melayu
Perubatan tradisional Melayu mempunyai persamaan dengan perubatan tradisional Cina. Ia terbahagi kepada dua aspek iaitu amalan suruhan dan amalan tegahan. Amalan suruhan berkaitan dengan jenis, kuantiti dan khasiat pemakanan yang terdapat dalam tumbuhan (seperti herba).Pesakit perlu mematuhi segala arahan dalam amalan suruhan kerana ia membantu mencapai keseimbangan dan mengelakkan daripada serangan penyakit di samping melambatkan proses penuaan. Sementara itu, amalan tegahan berperanan seperti pantang larang kerana pesakit tidak dibenarkan menjamu makanan tertentu bagi memelihara kesihatan supaya sentiasa baik dan juga mempercepatkan proses penyembuhan penyakit. Perubatan Melayu yang diamalkan oleh bomoh ataupun Tok Dusun mengaitkan punca penyakit kepada darah yang bersangkut dengan angin. Mengikut petua bomoh, darah kita perlu berada dalam keadaan ‘panas’ tetapi ia tidak boleh berlebihan. Darah yang terlampau ‘panas’ atau terlalu ‘sejuk’ akan mendatangkan penyakit.

Angin pula disalurkan melalui urat ke dalam badan manusia. Justeru, angin berlebihan yang tidak dapat disalurkan akan menyekat perjalanan dalam urat maka menjejaskan kesihatan. Pendek kata, darah dan angin memainkan peranan yang penting dalam perubatan tradisional Melayu. Individu yang sihat perlu mencapai keseimbangan dalam darah dan angin. Untuk mengurangkan angin  atau melancarkan saluran ‘angin’ dalam badan, teknik dan kaedah pengurutan dikatakan amat berkesan untuk menolak angin dan juga merangsang perjalanan darah dan urat. Teknik itu biasanya dilakukan di bahagian tangan, kaki dan belakang tubuh. Minyak urut perlu disapu pada bahagian tertentu. Selain itu, minyak angin yang diperbuat daripada minyak kelapa juga mempunyai ‘khasiat’ tinggi bagi membantu melancarkan darah dan angin dalam badan. Kaedah pengurutan sering digunakan untuk membantu wanita yang baru sahaja lepas bersalin. Ramuan tumbuhan juga boleh disapu dan dimakan bagi membantu mengeluarkan angin dari urat.

Sama seperti perubatan Cina, perubatan tradisional Melayu menggalakkan penggunaan tumbuh-tumbuhan berka para bomoh dan tok dusun berpendapat akar tumbuhan terutamanya tumbuhan yang berubi mendatangkan pelbagai kebaikan. Pengamal perubatan tradisional Melayu menyenaraikan tiga jenis zat dalam tumbuhan iaitu besi (menguatkan darah), kawi (menstabilkan perjalanan fungsi tubuh) dan kapur (sejukkan badan).

Permainan tradisional
Generasi muda kini jarang didedahkan kepada permainan tradisional. Anak-anak muda lebih rela bermain permainan talian di komputer.  Walau bagaimanapun, sejak di bangku sekolah dulu, kita sering bermain beberapa permainan tradisional bersama rakan-rakan sebaya. Permainan itu diwarisi dari generasi dulu lagi. Antara permainan yang mendapat sambutan di sekolah termasuklah batu seremban, congkak, gasing dan sepak raga. Dalam bahagian 1, artikel ini akan memperkenalkan dua jenis permainan tradisional iaitu batu seremban dan gasing.

Batu Seremban

Batu seremban yang kadang-kala dikenali sebagai serembat sering dimainkan di zaman sekolah dahulu ketika waktu lapang. Permainan ini lazimnya lebih mendapat sambutan di kalangan perempuan. Hanya dengan menggunakan biji getah, guli kaca atau batu-batu kecil, dua hingga empat orang pemain boleh memulakan permainan ini. Kadang-kala, pemain juga akan membuat batu seremban sendiri dengan membuat ketulan bersegi empat menggunakan kain berisi beras. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Pemain boleh menentukan sama ada lima ataupun tujuh biji digunakan.

Permainan ini amat mudah sekali. Pemain boleh bermula dengan melambung sebiji buah sambil mendapatkan sebiji lagi sebelum menyambut buah yang dilambung tadi. Ia harus dimainkan dengan sistematik dengan mengutip sebiji, diikuti dengan dua dan akhirnya tiga biji buah dalam permainan tujuh buah. Sekiranya pemain gagal menyambut buah yang dilambung, ia akan diikuti dengan giliran pemain seterusnya.

Gasing

Permainan tradisional seperti gasing lazimnya lebih popular di Kelantan. Tahukah anda terdapat beberapa jenis gasing seperti kelamar, berembang, Cina, buku benang, Melayu, Pinang, jantung, leper/piring dan telur? Tetapi oleh kerana gasing Melayu dan Cina bersaiz kecil dan ringan, maka ia lebih popular di kalangan kanak-kanak. Terdapat dua cara permainan gasing sama ada pangkah atau uri. Gasing pangkah perlu dilempar demi mengetuk gasing lawan manakala gasing uri pula bertujuan menguji daya ketahanan gasing berpusing.

Gasing pinang juga sering dimainkan oleh kanak-kanak. Ia diperbuat daripada buah pinang dengan mengupas sabut dan kulit sebelum dibersihkan. Bahagian atas dan bawah akan dipangkas dan lidi buluh akan dicucuk melalui pulur yang akan menjadi paksi. Untuk memulakan permainan gasing, tali antara 3 hingga 5 meter akan dililitkan pada jambul dan kemudian dilempar ke atas tanah.

Setelah mengenali batu seremban dan gasing, dalam bahagian 2 ini akan mendedahkan beberapa lagi permainan tradisional seperti sepak raga, wau, dan congkak.

Sepak Raga

Permainan sepak raga yang dahulunya hanya dimainkan oleh golongan bangsawan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka kemudiannya dikenali sebagai sepak takraw setelah ia diwarisi oleh rakyat jelata. Sepak raga kini semakin mendapat sambutan di kalangan bangsa-bangsa lain. Ramai yang meminati permainan itu kerana mudah menndapatkan bola sepak raga yang hanya diperbuat daripada bilah rotan. Salah seorang pemain perlu melambung bola dengan tangann kepada rakan sekumpulan untuk memulakan permainan ini. Tetapi rakan terbabit tidak boleh menyambutnya dengan tangan tetapi hanya boleh menimang mahupun menendang ke arah pemain lain. Bola itu perlu ditimang bergilir-gilir dengan satu syarat – ia tidak boleh jatuh ke bumi.

Layang-layang

Sementara itu, permainan wau yang juga dikenali sebagai layang-layang lazimnya dimainkan oleh penduduk kampung. Diwarisi sejak kurun ke-15, wau mendapat sambutan ramai di beberapa negeri terutamanya Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu. Terdapat pelbagai bentuk seperti burung, sewah, kucing, katak dan pari yang boleh menarik minat kanak-kanak. Selain pertandingan wau, terdapat juga pertandingan reka corak istimewa wau bagi memupuk minat generasi muda terhadap permainan tradisional ini. Lazimnya, permainan ini akan dimainkan oleh dua orang kerana salah seorang pemain perlu memegang wau manakala seorang lagi bertanggungjawab memegang, mengawal dan menarik tali supaya wau berada tinggi di udara.

Congkak

Sementara itu, permainan congkak pula lebih digemari oleh kaum wanita kerana permainan ini hanya memerlukan papan dan buah congkak tanpa perlu berlari atau melakukan aktiviti fizikal. Buah congkak kadang-kala diganti dengan guli, biji saga, batu, dan buah getah. Walau bagaimanapun, setiap papan hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Terdapat 14 lubang kecil yang dikenali sebagai kampung manakala dua lubang besar di sisi pula dikenali sebagai rumah. Permainan ini akan berakhir apabila salah seorang pemain kehabisan buah dalam kampung.