Pantang larang masyarakat Melayu tradisional
Pantang larang dalam sesebuah masyarakat bertujuan mendidik anak-anak muda supaya lebih beradab. Walaupun kehidupan kini semakin moden, pantang larang masih dikekalkan dan diamalkan oleh masyarakat kerana orang-orang tua percaya ia boleh membawa kemakmuran dan kekayaan dalan kehidupan. Masyarakat dahulu kala juga percaya mana-mana pihak yang gagal mengamalkan pantang larang akan ditimpa malang. Lazimnya, terdapat pelbagai pantang larang dalam masyarakat Melayu tradisional. Berikut merupakan pantang larang bagi wanita mengandung: Read more
Tradisi melenggang perut kian dilupakan
Baru-baru ini, akhbar tempatan melaporkan bahawa upacara melenggang perut semakin dilupakan oleh masyarakat Melayu moden. Mungkin terdapat segolongan masyarakat yang tidak mengetahui upacara dan tradisi itu langsung.
Lazimnya, tradisi melenggang perut bertujuan memohon kelahiran dan melanjutkan keturunan seterusnya. Adat itu dilakukan dengan memotong sedikit rambut wanita yang sedang hamil. Kemudiannya, tujuh helai kain panjang yang terdiri daripada pelbagai warna dilabuhkan bagi wanita tersebut berbaring di atasnya. Adat ini memerlukan dua orang bidan yang bertanggungjawab menarik kain itu sehelai demi sehelai. Ia diakhiri dengan kenduri di mana ustaz akan membacakan doa selamat di atas labu air. Wanita hamil itu dikehendaki mandi dengan air labu terbabit.
Read more
Perkahwinan Melayu
PERKAHWINAN MASYRAKAT MELAYU
Masyarakat melayu amat terkenal dengan adat resamnya yang tersendiri termasuk lah adat resam perkahwinan masyarakat melayu. Orang melayu memang berpegang teguh pada adat ini kerana perkahwinan mereka secara umumnya mereka secara umumnya terbahagi kepada lima peringkat istiadat iaitu merisik, meminang, bertunang, bernikah dan bersanding .
Peringkat Pertama (Merisik)
Setelah seseorang anak lelaki itu meningkat dewasa, ibu bapa akan selalu mengharapkan anak lelaki nya itu berkahwin,oleh itu ibu bapa akan mencari pasangan yang sesuai untuk dijodohkan dengan anak lelaki nya.Akan tetapi cara telah jarang digunakan oleh masyarakat kini kerana anak-anak zaman kini lebih gemar mencari sendiri pasangan masing-masing.Merisik adalah sangat penting kepada ibu bapa untuk mereka dapat menilai dan mengenalpasti Read more
Pantun Melayu
Pantun Melayu
Pantun ialah karangan berangkap yang menggunakan bahasa-bahasa yang indah. Pantun merupakan satu-satunya puisi tradisional yang tulen tanpa diserap oleh unsur-unsur sastera asing.
Ia adalah nilai masayarakat melayu tradisional, sebab itu tidak disebut siapa penciptanya. Sifat-sifat pantun yang sedehana, ringkas dan mudah diingat menjadikan pantun sebagai puisi tradisional yang masih kekal dan popular sehingga ke hari ini di kalangan masyarakat. Sebagai sebuah karangan berangkap, pantun mempunyai ciri-ciri tertentu
Read more
Perempuan Melayu
Siapakah yang digelar sebagai perempuan melayu? Siapakah yang layak digelar perempuan melayu? Dari manakah asal-usul kedatangan perempuan melayu? Apakah sifat yang dimiliki oleh perempuan melayu? Semuanya terjawab pada peribahasa melayu yang berbunyi “ tepuk dada, tanya selera dan ukurlah baju di badan sendiri “ , hanya perempuan melayu yang mengamalkan adat istiadat melayu sahaja yang mengetahui apakah erti tersurat lagi tersirat dalam makna perempuan melayu.
Read more
