Kepercayaan karut masyarakat Melayu: Jenis Hantu (bahagian 4)

July 25, 2011 by suzanbee · Leave a Comment
Filed under: Cerita Melayu 

Berikut adalah sambungan daripada siri kepercayaan karut masyarakat Melayu dan juga adalah bahagian terakhir yang akan membincangkan tiga jenis hantu lagi iaitu orang minyak, hantu galah dan hantu kopek.

Orang Minyak

Orang minyak merupakan individu yang mempelajari ilmu batin demi menceroboh masuk ke rumah mangsa untuk tujuan tertentu. Dalam kepercayaan masyarakat Melayu dahulu kala, terdapat salah satu cerita bahawa seseorang individu telah tersalah mempelajari ilmu tersebut menyebabkan dia menjadi hitam. Bagi menyelesaikan masalah terbabit, Read more

Kepercayaan karut masyarakat Melayu: Jenis Hantu (bahagian 3)

July 25, 2011 by suzanbee · Leave a Comment
Filed under: Cerita Melayu 

Hantu merupakan kepercayaan karut yang wujud dalam setiap masyarakat. Berikut merupakan sambungan daripada siri pertama dan kedua tentang jenis-jenis hantu dalam masyarakat Melayu. Dalam perbincangan kali ini, ia meliputi hantu bungkus, langsuir dan bunian.

Hantu bungkus

Hantu bungkus yang juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong adalah sejenis mahkluk yang menyerupai mayat yang dibungkus dengan kain kafan. Mahkluk ini lazimnya akan mengganggu individu yang mempunyai lemah semangat. Oleh kerana dibalut dengan kain kafan, hantu bungkus bergerak dengan meloncat ataupun kadang-kala bergolek. Read more

Kepercayaan karut masyarakat Melayu: Jenis Hantu (bahagian 2)

July 25, 2011 by suzanbee · Leave a Comment
Filed under: Cerita Melayu 

Dalam siri 1, kita telahpun membincangkan dua jenis hantu iaitu Toyol dan Pontianak. Berikut adalah siri kedua yang akan membentangkan tiga jenis hantu dalam kepercayaan masyarakat Melayu iaitu hantu air, pelesit dan hantu raya.

Hantu Air

Hantu air ataupun kadang-kala dikenali sebagai hantu laut merujuk kepada sejenis makhluk halus/jin yang lazimnya dijumpai di kawasan berair. Mahkluk halus ini merbahaya kerana mereka agak keras dan mungkin mendatangkan masalah sekiranya bertembung dengan jin ini. Jin ini biasanya terapung-apung seakan-akan sebatang kayu buruk tetapi sesiapa yang bertembung Read more

Kepercayaan karut orang Melayu: Jenis hantu

July 25, 2011 by suzanbee · Leave a Comment
Filed under: Cerita Melayu 

Lazimnya, terdapat kepercayaan di kalangan masyarakat tentang kewujudan makhluk halus di alam lain yang dikenali sebagai hantu. Dalam masyarakat Melayu, kepercayaan tentang makhluk halus yang juga dikenali sebagai semangat, jembalang dan penunggu sudah lama wujud sejak zaman animisme lagi.Amalan ini masih lagi berlarutan sehingga zaman kini. Masyarakat Melayu percaya hantu biasanya keluar pada waktu malam terutama apabila bulan mengambang. Hantu dalam masyarakat Melayu adalah semangat yang menggerunkan. Selain itu, terdapat juga kepercayaan bahawa hantu dalam masyarakat Melayu adalah wanita ataupun makhluk yang menyerupai perempuan (mempunyai rambut panjang) seperti lembaga putih. Gambaran daripada masyarakat zaman dulu ataupun media menyebabkan masyarakat kini percaya hantu mempunyai mata merah dan terdapat kesan darah pada mulut kerana semangat ini mempunyai gigi tajam untuk menghisap darah. Terdapat pelbagai jenis hantu dan makhluk dalam masyarakat Melayu. Dalam bahagian 1, kita akan membincangkan Pontianak dan toyol. Read more

  • ADVERTISING